Assalamualaikum wrt
Bismillahirrahmanirrahim...
"Kedai vcd anak" merupakan pusat jualan Online di Malaysia yang dimiliki oleh syarikat usahawan muslim muda iaitu SBA BRILLIANT SOLUTION ( SBA ). Syarikat ini dimiliki oleh Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid dan beralamat di N0 7-6-10, Apartment Intana Ria, Bandar Baru Bangi Sek 7, selangor.
![]() |
| Logo SBA Brilliant Solution |
"Kedai vcd anak" memberi fokus pada alat bantu mengajar kanak-kanak sebagai suatu wasilah dakwah dan amal untuk membentuk anak-anak muslim yang soleh dan solehah. Justeru itu, kami telah memilih VCD Kartun Anak Soleh yang dikeluarkan oleh Nada Cipta Raya (NCR) dari Indonesia.
Syarikat SBA telah menziarahi pejabat NCR dan telah bersetuju untuk menjadi AGEN Rasmi NCR di Malaysia. Hal ini sebagai bukti bahawa VCD yang dijual oleh kami adalah VCD Original dari NCR.
![]() |
| Surat Rasmi SBA sebagai agen NCR |
![]() |
| Pemilik SBA dan Isteri di kaunter pejabat NCR |
Semoga sedikit usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Pihak Kami memohon doa kalian semua agar perniagaan yang disarankan oleh Rasulullah ini bukan sahaja dapat memberi rezeki, tetapi dapat memberi kebaikan kepada anak-anak kita semua.
Mohd Hafiz ( Bai )
SBA Brilliant Solution


